Cikgu Sporty.Com
Blog Owner : Sahrin B. Ibrahim
    "Wahana  Agenda Pembangunan Sukan Sekolah, Sukan Untuk Semua, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) Hoki, Pusat Latihan Daerah (PLD) Pasir Gudang, Corat-Coret dan Warna-Warni Sukan SMKPP. Play More Learn More. Sukan Membina Insan. Majulah Sukan Untuk Negara"

22
June 2010 Tuesday @ 11:31:59 pm
KEJOHANAN HOKI BAWAH 14 TAHUN JOHOR 2010.

Salam Sejahtera, Salam Sukan dan Salam 1Malaysia.

Bersua kembali di arena ini setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang bingkisan berita sukan. Sepanjang bulan Jun ini  demam Piala Dunia bola sepak melanda seluruh pelusok dunia. Masing-masing menyokong pasukan pilihan sehingga sanggup bersengkang  mata hingga ke pagi untuk menyaksikan perlawanan bolasepak  yang disiarkan menerusi kaca TV sama ada RTM mahupun ASTRO.

Walaupun kerancakan  Piala Dunia menenggelamkan persada sukan tanah air seperti SUKMA yang dilangsungkan di Melaka sepanjang cuti persekolahan lalu yang berjaya melakarkan rekod-rekod baru kejohanan dan kebangsaan. Syabas untuk kontinjen Johor walaupun sekadar menduduki tempat ke-4. Apa yang penting pingat emas untuk pasukan Hoki Wanita - Harimau Selatan.

Minggu ini juga akan diadakan Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun Johor 2010 pada 23 dan 24 Jun 2010 yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki Johor. Seramai 6 orang pelajar kita terpilih untuk mewakili daerah Pasir Gudang. Mereka yang terpilih menyarung jersi daerah terdiri dari Firdausz Afiq bin Mohd Saidi, Mohd Haziq bin Ramli, Mohd Syauqi Syamim bin Abd Rasid, Mohd Abd Rafe bin Norizan, Muhd Atiff bin Zailani dan Mohd Zulfikri bin Suradi. 

SELAMAT BERJUANG, SEMOGA BERJAYA.

 KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN  (PUSINGAN PERTAMA) 

     PASIR GUDANG  vs  MERSING           4 - 0     
     PASIR GUDANG  vs  SEGAMAT           3 - 1
     PASIR GUDANG  vs  MUAR           0 - 1
     PASIR GUDANG  vs  KLUANG           1 - 3

 KEDUDUKAN : TEMPAT 5/6




 


29
April 2010 Thursday @ 10:43:04 pm
Kursus Kejurulatihan SPTS Hoki

Salam Perpaduan Untuk Semua.

Kursus Kejurulatihan SPTS Hoki Lelaki  anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Hoki Malaysia telah diadakan di Stadium Hoki MBJB dengan penampilan istimewa bekas jurulatih hoki kebangsaan Paul Lisssek yang kini bertugas sebagai pengarah teknikal pembangunan hoki negara.

Paul Lissek bukanlah suatu nama asing dalam arena hoki tanah air dan antarabangsa kerana beliau telah membimbing pasukan terbaik dunia seperti Jerman, Australia. Pengalaman berguru selama dua hari oleh kesemua jurulatih SPTS-PLD Negeri Johor sesuatu yang tidak ternilai dan amat berharga sekali.  Sedikit sebanyak dapat digunakan untuk persediaan pasukan Pasir Gudang menghadapi Kejohanan Hoki L/P18 Tahun MSS Johor pada 14 - 16 Mei 2010 nanti.

PENUH PERHATIAN MENDENGAR TAKLIMAT OLEH PAUL LISSEK

PAUL LISSEK MENUNJUKKAN CARA MEBUAT PUKUL PENALTI DENGAN TEKNIK YANG BETUL
 


25
April 2010 Sunday @ 10:35:32 pm
HOKI L/P 18 : TERPILIH MEWAKILI PASIR GUDANG.

Syabas diucapkan kepada pemain-pemain hoki L/P 18 SMK Pasir Putih yang telah terpilih untuk menjalani latihan  pusat hoki dan seterusnya menyarung jersi pasukan Pasir Gudang ke Kejohanan Hoki L/P 18 MSSJ 2010.

Antara pemain-pemain L18 yang terpilih ialah:
     1. Muhammad Syauqi Syahir bin Abd Rasid
     2. Zainul Ariffin bin Mohd Zain
     3. Firdausz Afiq bin Mohd Saidi
     4. Muhd Abdul Rafe bin Nur Ezan
     5. Nurwadi bin Rosle
     6. Muhammad Haziq bin Ramli

Antara pemain-pemain P18 yang terpilih ialah:
    1. Siti Wahida binti Hashim
    2. Alyani Nazirah binti Md Shariff
    3. Intan Hafieza binti Azize

Seluruh kerabat Unit Sukan dan Permainan serta warga SMK Pasir Putih merakamkan setinggi-tinggi syabas dan sekalung tahniah kepada semua pemain hoki L/P 18 kerana terpilih mewakili daerah Pasir Gudang ke peringkat MSSJ.
 


21
April 2010 Wednesday @ 11:02:44 pm
EPISOD KECEMERLANGAN DITERUSKAN

SALAM KECEMERLANGAN SUKAN BUAT SEMUA.

    Episod kejayaan Pasukan Hoki L18 menjadi pembakar semangat dan azimat paling ampuh  buat pasukan P18 yang telah memulakan saingan peringkat kumpulan dengan rentak kemenangan menewaskan SMK Bandar Seri Alam dengan jaringan 2 - 0.  Esok juga  bakal menyaksikan kita terpaksa mengharungi cabaran getir dengan 4 perlawanan.  Mudah-mudahan kita berjaya mengharung cabaran peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya.  Sama-samalah kita doakan agar pasukan P18 menempa kejayan gemilang seperti pasukan L18.
    Rentak kejayaan Pasukan Hoki  L18 tidak dapat diteruskan hingga peringkat akhir saingan kategori P18. Namun yang demikan pasukan P18 berjaya mengungguli kumpulan  B dengan satu kemenangan dan 4 seri. Dalam pusingan kedua tewas kepada naib johan tahun lalu SMK Ulu Tiram dengan pukulan  penalti 2 - 0. Bagi penentuan tempat ke 3 / 4 juga tewas dengan pukulan penalti kepada SMK Kota Masai 1 - 0 dengan penuh debaran dan dramatik di mana kesemua pemain gagal menjaringkan sebarang gol selepas sembilan kali pukulan dilakukan.  Walaupun demikian satu kejayaan bagi pasukan perempuan kerana dapat menempatkan diri di kalangan top 5 dengan menghuni tempat ke 4, berbanding tahun lalu tewas di peringkat kumpulan.


PASUKAN PEREMPUAN BERSAMA PENGURUS PASUKAN PN HASLINDA DAN JURULATIH EN SAHRIN

GAMBAR KENANGAN SEBELUM MEMULAKAN PERMAINAN

GAMBAR KENANGAN BERSAMA GPK KO-KO PN ANDE NUR MUNAWARA DAN PN HASLINDA PENGURUS PASUKAN


 


21
April 2010 Wednesday @ 12:09:55 am
KITA JUARA HOKI L18 MSSD PASIR GUDANG 2010

Salam kejayaan sukan untuk semua.

Walaupun Kejohanan Hoki LP18 MSSD Pasir Gudang 2010 belum lagi berakhir, kita telah berjaya mengangkat martabat SMKPP sebagai kuasa hoki daerah bersesuaian dengan taraf sebagai Pusat Latihan Daerah (PLD) Hoki bagi Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Kejayaan ini merupakan hadiah istimewa buat semua khasnya jurulatih dan pemain-pemain yang terlibat dalam projek pembangunan hoki sekolah.

Sekalung syabas dan setinggi tahniah kepada para pemain yang mengotakan janji mereka memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan sehingga ke final.  Peringkat kumpulan menang dengan SMK Seri Alam 2 (3-0), SMK Pasir Gudang 2 (1-0), SMK Tmn Daya (1-0), SMK Pasir Gudang (3-0), separuh akhir menang dengan SMK Desa Tebrau (1-0) dan final berjaya membenam SMK Taman Daya 2 dengan jaringan 2-1. Untuk menjadi juara memerlukan pengorbanan, kesungguhan, disiplin yang tinggi. Tidak sia-sia apa yang telah kita lakukan bermula dari bulan Mac 2009 lagi. Inilah tuaian hasil yang kita perolehi.

Detik kejayaan Pasukan Hoki L18 SMK Pasir Putih.



Barisan Pemain bersama Pengurus dan Jurulatih dengan pingat kejuaraan


Barisan Mantap Pemain Hoki L18 SMK Pasir Putih 2010

Cikgu Linda dan Cikgu ili ilhani Pengurus dan Jurulatih Pasukan Perempuan 18 SMK Pasir Putih



My Profile

Name: Sahrin B. Ibrahim
E-Mail: sahrin@smkpp.com.my